<$BlogRSDURL$>

Monday, April 26, 2004

Dunia...Sebuah Realiti... 

Dunia,
Inikah realitinya??
Benarkah apa yg kusaksikan??
Atau sekadar bayangan yg meresahkan??

Dunia,
Inikah realiti manusia??
Inikah yg dikatakan kehidupan??
Sekadar satu tempoh utk dihabiskan...

Dunia,
Inikah realiti manusia??
Yg dikatakan sebaikbaik kejadian??
Yg darjatnya lebih tinggi dr penghuni langit??
Atau sekadar seumpama haiwan??
Atau lebih hina dr itu??

Dunia,
Apa yg dicari sebenarnya??
Di mana pula bakal berakhirnya??

Dunia,
Inikah realitinya??
Atau silapkah tanggapan ku??
Atau aku berada dlm satu alam yg lain??
Atau aku cuma bermimpi??

Dunia...
Mimpi ini terlalu mengerikan...
Kejutkanlah aku..Dr mimpi ini..

Friday, April 23, 2004

Another OPPORTUNITY, another TRIALS, another BLESSINGS 

Maha suci tuhan yg telah menghidupkana aku dlm kehidupan yg amat bermakna ini, padahal sebelumnya hidupku bagaikan tersia-sia tanpa aku mengenal jalan ini. Sesngguhnya Allah tidak putus² memberi rahmat kpd ku dan aku berdoa agar rahmat ini terus dilimpahkan utk ku sehingga nanti aku menemui-NYA di atas jalan ini..

Peluang terus di beri utkku terus berkhdimat utk agamaNYA. Sungguh beruntung diri ini krn sekiranya aku tidak diberi memikul tanggungjawab ini, maka sesengguhnya akan ada org lain yg akan memikulnya. Alangkah ruginya aku padahal kejayaan di jalan ini adalah satu kePASTIan.
Semoga aku tidak melepaskan peluang ini berlalu begitu shj... semoga allah terus memberi ku ni'mat ini, krn aku tindak sanggup hidup tanpanya. Telah kulalui beberapa waktu drpd hidupku tanpa ni'may ini, telah kurasa betapa peritnya dan aku tidak ingin walau sesaatpun utk kembali kpd keadaan itu. Bahkan aku tidak sanggup melihat shj org lain hidup tanpa mengenal jln ini, kerana kutahu betapa pahit-nya walau mereka sendiri tidak menyedarinya.

Memerhatikan dunia ini, sering membuat aku tersepit, sedih dah kasihan menyaksikan realiti umat yg ditelan jahiliyah, menjadi hamba yg seronok diperhambakan. Mereka hidup berpandukan akal yg cetek, menjadi hamba kpd hamba yg lain, menjadi mangsa kezaliman ideologi yg mereka anuti, tersepit dlm kesempitan dunia yg disempitkan lagi oleh perepsi mereka. Bukankah ini tujuan DEEN ini diturunkan?? Membebaskan manusia dr semua ini, bak kata Rub'i bin Amir di hadapan Rustam, penguasa Empayar Parsi pd masa itu??

Hati ini bertambah pilu melihat manusia yg menunjukkan minat dan keazaman utk Islam, tetepi mereka dikelirukan dlm usaha mereka, tanpa mengenal cara kerja atau approach yg jelas, tanpa ada matlamat yg terang, dikelirukan dlm priority kerjanya, lalu usaha mereka gagal mencapai maksudnya, mesej mereka kurang bermaya bahkan terkadang membawa kesan negatif kpd apa yg cuba dibawanya. Lalu mereka letih dlm kerja yg tak seberapa, resource mereka habis tanpa kesan sewajarnya, dan akhirnya semangat mereka mula luntur hingga terkadang mereka gugur begitu shj. Alangkah ruginya mereka, alangkah ruginya dunia.

Bangunlah wahaijiwa yg lurus, bangkitlah dgn fitrah yg luhur, bekerjalah dlm jalan yg telah ditunjukkan oleh Rasulmu, fahamilah apa yg kaubawa dan jelaskanlah segala kekaburan dlm dirimu. Sesungguhnya DUNIA menantimu!!!

Sesengguhnya FAJAR akan menyingsing, menakhiri kegelapan JAHILIYYAH ini.

Kita cuma MERANCANG 

Manusia, makhluk kerdil yg lemah, yg cuma hidup berdasarkan skrip yg telah ditulis, yg tidak mempunyai sebarang kuasa utk megubah sesuatu yg telah ditetapkan oleh-NYA. Ikhtiarnya cuma sekadar memenuhi perintah Allah suapaya berusaha sedang hasilnya adalah dlam kekuasaan Allah swt.

Bertitik tolak dr kepercayaan ini, seorang yg beriman seharusnya akur dan redha dgn apa yg telah ditakdirkan, krn bak kata Hujatul Islam Imam Al-Ghazali, "laisa fil maakan, abda' min maakan" atau lebih kurang maksudnya, tidak akan lebih baik sesuatu yg MUNGKIN berlaku drpd apa yg TELAH berlaku. Sesungguhnya apa yg telah berlaku itulah yg ditakdirkan Allah berdasarkan segala kebijaksanaan-NYA sedangakan apa yg mungkin berlaku itu cuma sekadar sangkaan, angan² atau expectation manusia terhadap sesuatu berdasarkan apa yg tercapai oleh pengetahuannya yg sempit. Allah menerangkan dlm al-quran 2:216 ketika memerintahkan keWAJIBan berperang bahawa mungkin sesauatu yg manusia sukai itu buruk utknya dan sesungguhnya sesuatu yg dibenci manusia itu adalah sebenarnya baik utknya...

Berdasarkan pemahaman ini, tiada istilah "frust", kecewa, upset dlm kehidupan seorg mu'min kerana setiap yg berlaku itu adalah yg terbaik yg telah ditakdirkan Allah utk nya. berkenaan dgn hal ini, Rasulullah telah bersabda, alangkah ajaibnya seorg yg beriman, walau apa yg berlaku, dia sentaisa mendapat kebaikan, seandainya satu ni'mat diterima, maka dia bersyukur dan itu adalah kebaikan (hasanah) utknya, dan seandainya musibah menimpa, maka dia bersabar dan itu juga adalah hasanah utk nya...

Berbalik kpd tajuk yg tertera di atas, dgn kefahaman yg telah dihuraikan, manusia sekadar merancang dan menjalani kehidupan mereka utk mencari redha Allah, dlm ruang lingkup yg telah ditetapkan Allah utknya. Dia sekadar berusaha utk memenuhi tanggungjawabnya dan dia dinilai oleh Allah berdasarkan usahanya. Sekuat mana usaha nya dlm mencari redha Allah dlm segenap aspek kehidupan, sebanyak itulah ganjaran utk nya. Sebaliknya jika segala ni'mat yg Allah telah anugerahkan utknya disia-siakan tanpa digunakan dlm usahanya, maka di sana ada balsan yg setimpal yg menantiya. Hasil drpd usahanya adalah milik Allah yg dikurniakan kpd sesiapa yg dikehendakinya sbg bonus tambahan kpd ganjaran yg menantinya dlm kehidupan di SANA.

Oleh itu, manusia sekadar merancang dan menggunakan segala peluang yg telah diberi padanya dgn sebaiknya. Allah telah mengingatkan dlm kitab sucinya dlm surah Al-Waqi'ah, ttg Allahlah yg berkuasa menghidupkan pokok drpd benih yg di tanam, berkuasa menghidupkan manusia dr air mani yg dipancutkan ke dlm rahim, menurunkan hujan etc... manusia sekadar MERANCANG!!!

Dan sesungguhnya Allah lah seBAIK-BAIK perancang!!!

Wednesday, April 21, 2004

Tinggal Kenangan.... 

Kenangan, memory atau apa shj yg melekat di ingatan seseorg hasil drpd sesuatu yg telah dialami (sebut:pengalaman) tidak akan memberi apa² erti kpd si pemilik pengalaman itu sekiranya dia gagal mengambil manfaat drpd apa yg telah di alami.

This matter arise in my mind when i came across a group of people that have gone through the same experience, in the same environment, at the same time doing exactly the same thing, yet the effect of such experience to each individual are exactly different. They came out tellling a completely different stories about their experience, with different thing that they treasure and different lesson that they learn.

Lalu, ini semua mengingatkan aku kpd satu fact yg aku pernah terbaca dalam buku student medic, pasal 'PERCEPTION". Apa yg aku paham, setiap org melihat sesuatu dr pespective yg berbeza, menyebabkan dia membuat kesimpulan berbeza dr pengalaman yg dia alami. Apa²pun akan di'tapis' berdasarkan background understanding yg dia ada, berdasarkan apa yg dia paham dan apa yg dia sedia nak paham.

Ini semua membuatkan apa² mesej yg kita nak sampaikan, kenalah kena dgn level org yg kita nak sampiakan, berdasarkan background understanding yg dia ada, berdasarkan ilmu yg dia paham. Lalu penerangan kita biarlah sepadan dgn kpd siapa penerangan itu nak disampaikan.

Lalu sedarlah kita bahawa tugas kita bukan sekadar memahami apa yg kita nak sampaikan tetapi juga mehamai sapa audience yg bakal menerima penyampaian kita...

semoga allah memberi hidayah.....

Monday, April 19, 2004

Kembalinya mereka, satu demi satu.... 

Menyorot berita dunia Islam saban hari, menyaksikan gugurnya para syuhada' satu persatu... Gugur di tangan kuasa jahiliyyah di mana²...di bumi kecil chechnya, bumi barakah palestine, bumi bersejarah iraq dan di mana²...

"Lelaki² yg benar dgn janji mereka kpd Allah, di antara mereka, ada yg telah mengotakan janji mereka, dan ada yg masih menanti giliran mereka, dan tidak sesekali mereka mengubah janji mereka!!".... maksud al-Quran (lupa lak ayatnya)

Itulah realiti umat ini. Muslim di zalimi di mana². Ada yg sedar dan tidak sanggup utk HIDUP dlm keHINAan, lalu mereka bangkit menentang dgn segala yg ada, dgn apa jua cara, dlm apa jua medan... lalu sebahagian-nya pergi mengadap ilahi, membawa hati yg tulus suci.... Namun pada masa yg sama, ada yg masih terleka... menjadi hamba yg seronok diperhambakan, mengikut telunjuk jahiliyyah, bahkan ada yg telah synonim dgn jahiliyyah... dalam sedar atau tidak, mereka turut mengangkat jahiliyyah dgn pelabagai laungan nama: Moderation, modernism, kemajuan, pembangunan, freedom dan kebebasan, hak asasi dan freedom of choice, feminism dan pelbagai lagi.... Lebih malang bila nama islam turut di laungkan, mengelirukan mereka yg jahil, mewas-waskan mereka yg tahu dan menyesatkan yg telah sedia sesat... Lalu, apakah yg tinggal?? Mengalirlah darah dan keringat mereka yg terjaga, dan pada masa yg sama jentera jahiliyyah meratah umat....

Bangunlah... sanggupkah ko bersenang-lenang, bersuka-ria, padahal umatmu cuma mennati masa... bangkitlah... kaulah harapan umat!!! mereka telahpun pergi, aku bila lagi????

Sunday, April 18, 2004

Berakhirnya sebuah episod dr PERJALANAN ini. 

17/04/04. Tepat jam 10.40am EST, pesawat VirginBlue DJ306 mendarat dgn selamatnya di Tullamarine Airport, Melbourne. Di iringi dgn gegaran dan bunyi gemuiruh yg kuat, melawan angin yg tidak menentu, characteristic weather di Melbourne: 4 Seasons in a Day, pesawat Boeing 737-700 tersebut berjaya mendarat dgn selamatnya. Pendaratan itu diiringi perasaan yg bercampur baur, antara sedih dan gembira, antara doa dan harapan, antara tanda tanya dan kepastian, antara rahmat pertemuan dan dugaan perpisahan. Pendaratan itu menjadi tanda berakhirnya satu episod bersejarah dr perJALANan HIDUPku. Perjalanan yg menjadi satu wadah dlm tarbiah diriku di jalan ini. Semoga ia juga menjadi wadah utk mendidik jiwa² lain yg turut terlibat dlm episod ini, walau dlm apa jua cara sekalipun.

Hati ini masih terasa berat utk meninggalkan ikhwah dan akhawat yg telah memulakan tatih mereka dlm jalan ini. Biar rebah, biar jatuh, biar tersungkur, kudoakan mereka tetap kembali berdiri mengatur langkah seterusnya. Pengalamanku bersama mereka mengingatkan aku kpd suasana yg pernah kulalui bersama beberapa sahabatku suatu tika dulu. Pengalaman yg telah mambentuk hidupku. Namun yg pasti, walau aku tidak lagi bersama mereka, Allah akan tetap dekat dgn mereka, selagi mereka thabat dijalan ini. Bukankah Allah bersama sesiapa shj yg berjuang di jalanNYA?? dan Allah lah sebaik-baik penolong, sebaik-baik tempat mengadu.

Kudoakan bumi yg telah kutinggalkan buat sementara itu akan terus subur, dan benih² islam akan terus bercambah, menjadi pohon, membesar dan akhirnya bakal berbuah. Teguh menghadap angin taufan, dan terus menyebarkan benihnya ke serata pelusuk. Semuga Allah mengkehendakinya.

Salam perjuangan utk semua!!!

Wednesday, April 14, 2004

Sebuah PENGALAMAN 

Date: 12-14/04/04
Venue: Midginbill Hill, NSW

Kisah sebuah pengalaman berharga buat diriku di jalan ini. Pengalaman yg belum pernah kulalui, yg tak pernah terpikir olehku beberapa ketka yg lalu. Kisah yg memberi benyak pegajaran dan pengalaman berharga buatku utk kubawa sbg bekalan di jalan ini. Semoga kisah ini juga memberi manfaat kpd teman² yg bersama-samaku melaui pengalaman ini. Semoga Allah tetapkan semuanya di jalan yg diredhai-Nya.

Kisah sebuah pengalaman. Tidak dapat kuungkapkan semuanya di sini buat masa ini. Jasad ini mula meminta haknya setelah beberapa ketika di abaikan. Dengan izin Allah, akan kucuba utk mencoretkan beberapa pengajaran yg mungkin bermanfaat buat diriku dan insan² lain yg ingin mengutip butir² mutiara drpd pengalaman ini.

Ya Allah, segala puji bagi-MU atas ni'mat yg kau berikan ini. Atas anugerah yg amat bernilai ini. Semoga Allah terus memilihku utk berada atas jln ini.

Sunday, April 11, 2004

Pohon semangat yg belum berbuah 

Setelah beberapa hari berlalu, tanpa ada input terkini dlm blog ini disebabkan tiadanya access ke internet. Kemungkinan besar, ini adalah satu-satunya update utk beberapa ketika nanti. Namun yg pasti, detik² yg berlalu itu mesti di isi sepenuhnya, sama ada dgn mengisi diri ini dgn input yg sewajarnya, atau berkongsi sedikit sebanyak pengisian tersebut dgn insan² di sekeliling ku... krn yg pasti jentera² jahiliyyah bekerja siang dan malam utk menyebarkan input nya. Hasilnya, manusia, termasuk diri ini akan terisi jua dgn pengisian jahiliyyah sekiranya pengisian rabbani ini terbantut. Lalu pilihlah utk dirimu, mana satu pengisian yg anda mahu, krn diri anda akan terus terisi tanpa disedari.

Detik² yg berlalu banyak mengajar erti perjalanan ini, menginsafkan diri ini bahawa perlunya usaha yg berterusan utk terus meningkatkan diri ini dlm segenap aspek, kerana tanpa peningkatan itu, adalah amat sedikit usaha yg mampu dibuat dlm menelusuri jalan ini, mencapai cita² besar utk memimpin manusia menuju Rabb yg esa. Dalam masa yg sama, perlu jua diiinsafi bahawa usaha perlu berterusan utk turut meningkatkan insan² disekelilingmu, utk memastikan potensi mereka tidak tersia, sebaliknya menjadi batu-bata yg bakal membina binaan agung ini. Yg pasti, sekiranya potensi itu tidak menyumbang dlm BINAAN RABBANI, maka ia bakal menjadi penguat BINAAN JAHILIYYAH. Tiada jln tengah antara keduanya.

Sesungguhnya manusia itu di anugerahkan dgn potensi yg berbeza, maka semakin ramai manusia bersamamu di jalan ini, semakin banyak potensi yg bakal membantu-Mu mencapai cita² besarmu utk DEEN ini. Semakin mantaplah binaanmu dan semakin kukuhlah ia dr serangan jahiliyyah.

Teruskan USAHA. Itulah satu²nya tugas mu. Dan nantikanlah hasilnya: Hasil yg pasti, tunggulah JANJINYA utk mu. Hiduplah kamu dlm KEMULIAAN RABBANI dan matilah kamu dlm REDHA ILAHI.

Bersabarlah kamu dgn dugaan yg pasti mendatang. Kerana itulah tarbiah buatmu. Semoga Allah memberkati. Semangatmu perlu diperbaharui, biar ianya melahirkan USAHA yg tidak kenal lelah. tidak mahukah engkau akan satu ganjaran yg lebih besar drpd seluruh dunia dan segala isinya??


Wednesday, April 07, 2004

Manusia berjiwa BESAR 

"Aku meyakini bahawa seorang MANUSIA mampu mengubah DUNIA"- Al-Banna

Menyorot sejarah silam, menjadi saksi bahawa manusia dgn segala kesungguhan utk memperjuangkan apa yg diyakininya mampu merubah dunia, sama ada ke arah kebaikan mahupun sebaliknya. Lihatlah tokoh² yg telah mengubah sejarah dunia. Mereka memahatkan nama² mereka dgn pahatan yg tdk lekang dek hujan, tdk reput dek panas. Nama² mereka dan kisah² mereka menjadi sebutan, contoh dan teladan generasi demi generasi...


Monday, April 05, 2004

Jalan ini masih JAUH 

Aku masih berjalan di dunia ini. Memerhati, menilai dan berfikir tentang kahidupan manusia di sini. Manusia yg memiliki satu kuasa yg tiada tolok bandingnya, yg penuh kemuliaan, penuh 'izzah, kesejahteraan dan kebahagiaan yg hakiki. Namun, teramat malang sekali, bilamana golongan manusia itu tidak menyedari akan besarnya nilai 'kuasa' yg mereka miliki. Mereka terperosok di celah² jahiliyyah yg berleluasa. Mereka bukan shj tidak dapat mengenal akan potensi kuasa yg ada pada mereka, bahkan lebih malang lagi apabila sebahagian dr mereka merasa kagum dgn kehidupan jahiliyyah yg membelenggu mereka. Lalu hanyutlah sebahagian mereka ke dlm kehinaan yg nyata, walau tidak mereka sedari.

Mengenal realiti manusia seharusnya mengingatkan para dae'i yg berjalan di atas jalan para Rasul ini akan besarnya cabaran dan dugaan yg menanti mereka. Mengingatkan akan besarnya tanggungjawab yg terpikul atas bahu mereka, sehingga mereka akan merasa gelisah utk duduk diam, utk berehat dan melakukan apa² yg tidak membawa kpd terjadinya perubahan.

Sesungguhnya jalan ini masih jauh... masih banyak lagi yg perlu dilakukan... masih ramai yg terleka, dan masih ada yg tercari-cari... Wahai dae'i, berusahalah... sesungguhnya telah berlalu waktu tidur!! Dunia ini menunggu seruanmu...




Saturday, April 03, 2004

Bangunlah wahai da'ei 

Suatu subuh yg bening. Manusia masih diulit mimpi, nyenyak dan selesa. Kebanyakannya jahil tentang realiti hidup mereka di dunia. Sebahagiannya telah diberi petunjuk melalui Deen yg mulia. Kalau adapun yg telah menganut Deen ini kebanyakannya masih jua leka. Leka tentang realiti umat yg terhina, tertindas dan ternoda. Kalau ada jiwa 'hanif' yg baru ter'jaga' pun, kelekaan masih juga ada. Terleka krn gagal mengenali apa tanggungjawab mereka sebenarnya. Atau kalaupun telah tahu akan tanggungjawab, ramai yg masih lagi leka. Jalan kerja yg ditunjuk oleh rasul tercinta dlm seerahnya masih belum dihadamkan sepenuhnya, hasilnya usaha mereka tersia, mereka disibukkan dan diletihkan dgn cara kerja yg sekadar tepat dgn buah fikiran mereka. Hasilnya, tinggallah berapa kerat dae'i yg masih bekerja atas jln yg sepatutnya, yg tersusun, yg fokus dan yg jelas halatuju dan caranya, yg mengikut jejak Rasul yg mulia. Bangunlah wahai dae'i. Dunia ini memerlukanmu.

Benarlah... Abdul Qadir Audah, seorang dae'i, pewaris dan pendokong jln ini menjelaskan bahawa bukan sedikit mereka yg mahukan tertegaknya islam di alaf baru ini, mereka bersungguh-sungguh berjuag atas nama Allah, tidak takut pd cercaan manusia, namun kekurangan yg ketara pd mereka adalah mereka terpengaruh dgn pendekatan generasi terdahulu. Yg ,mana usaha mereka disempitkan dalam perkara ibadah dan nasihat semata-mata, padahal jahiliyyah berleluasa dlm segenap aspek hidup manusia, padahal ada lagi kufur yg teramat besar, kufur yg menjadi punca segala ma'siat.

Bangunlah wahai dae'i, bangunlah dan berjalanlah di atas jalan ini, bekerja lah dgn cara kerja Rasul yg mulia krn seandainya ada cara yg lebih baik dr itu, sesungguhnya Allah dan Rasulnya lebih mengetahui akan cara itu. Bangunlah, dan berjalanlah dlm barisan para du'at , menyambung generasi terdahulu agar generasi kemudian tidakkan ketandusan kefahaman yg kauwarisi.

"Wahai org² yg berselimut, bangunlah dan berilah peringatan." (Al-Muddatthir:1-2)

Friday, April 02, 2004

Semalam yg Bersejarah... 

Alhamdulillah, syukur kpd-Nya yg telah mengizinkan segalanya berlaku, yg telah mengurniakan segala-Nya dan yg telah memilih sesiapa shj yg dikehendaki-Nya utk mendokong DEEN-nya di zaman berleluasa-Nya jahiliyyah, di zaman kezaliman bermaharajalela...

Semalam, 1 April 2004 mencatat satu lagi titik bersejarah dlm perjalanan hidup ini. Bersejarah krn ianya merupakan tarikh genapnya 3 purnama aku menjalani hidup 'baru' ku ini... Hidup yg tdk dapat kuungkapan betapa SYUKURnya aku atas kurniaan ini, hidup yg penuh pengalaman manis, masam, masin jua pedas, ujian, rintangan, ni'mat dan kurniaan.

Semalam juga penuh bersejarah krn inilah permulaan satu langkah yg baru yg belum pernah kucuba sebelumnya, dalam perjalanan yg diiringi pengorbanan, tangisan air mata, doa dan harapan. Perjalanan dlm rangka menyediakan pendokong agama-Nya di bumi yg penuh jahiliyyah dlm segala bentuknya. Semoga diberi petunjuk dan hidayah, dimudahkan segala urusan dan menjadi saham utkku bawa ke negeri yg kekal abadi, yg dipenuhi ni'mat yg tak pernah terlihat oleh mata, tdk pernah terdengar oleh telinga dan tidak terbayang dek akal manusia, dimana pertemuan tidakkan lagi di akhiri dgn perpisahan....

Sesungguhnya inilah perjalanan penuh pengalaman. Pengalaman yg telah allah aturkan sbg satu bentuk tarbiyah. Didikan utk diriku, ujian atau assessment trhdp kefahamanku, adakah dpt dimanifestasikan dan dicernakan dlm kehidupan realiti atau sekadar teori yg tak dapat dijejak oleh kaki..

Rasanya antara pengalaman pertama yg telah mengajarku, ialah akan kebenaran kata² seorg tokoh di jalan ini, yg telah menerapkan satu perjalanan yg besar dalam bukunya yg diberi nama "Muntalaq" atau "Langkah Bermula". Bilamana beliau menyebut ttg manusia yg hidup dalam kehinaan, hamba yg seronok diperhambakan. Beliau menyatakan dalam sehina mana pun kehinaan yg berleluasa ttp manusia yg tlh difitrahkan dgn kemuliaan akan tetap memiliki kemuliaan dlm hatinya walau sebesar zarah. Bilamana bibit kemuliaan itu dihidupkan dgn SERUAN utk bangkit, nescaya insan yg masih suci fitrahnya akan segera bangkit dgn segala daya yg ada utk mengembalikan kemuliaannya. Kemuliaan anugerah dr PENCIPTAnya. Ibarat bara yg tidak pernah terpadam yg cuma menanti tiupan yg SESUAI utk kembali menyala, seterusnya membakar dgn cahaya yg terang benderang... Lalu siapakah yg bakal menyediakan TIUPAN yg SESUAI dgn situasi bara itu, supaya ia dpt kembali membakar??

Siapa lagi kalau bukan insan terpilih sbg PENDOKONG agamaNYA, utk meniup dgn tiupan RABBANI yg penuh HIKMAH yg semestinya sesuai dgn FITRAH kejadian insan yg inginkan keMULIAan yg HAKIKI. Tiupan agar BARA itu akan kembali MEMBAKAR, mengakhiri gelap jahiliyyah yg berleluasa.

SIAPA LAGI YG AKAN MEMBERI TIUPAN ITU???
MENGHIDUPKAN BARA SEBELUM IA TERPADAM??

Langkah Bermula 

Akhirnya, ia bermula jua.
Telah lama kupendam hasrat ini. Semoga mencadi catitan yg bermakna, menjadi peringatan buat diriku yg sering lupa, menjadi penyedar dikala terleka, menjadi penyuluh di gelap gelita, menjadi pengajaran utk semua, yg mebaca mahupun terbaca, dan semoga menjadi saksi akan jatuh bangunku dlm perjalanan yg telahpun bermula, biar merangkak, biar bertatih akan kuteruskan jua. Semoga diberi kekuatan oleh-Nya.
Buat temanku di jalan ini, semoga kau sentiasa disisi, biar jauh di mata, namun dekat di HATI...

This page is powered by Blogger. Isn't yours?